UJIAN MEMBUATKAN KITA SENTIASA KUAT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA . HEHE
Hari nie nak sebut pasal kekuatan hm
KUAT ?
Dari banyak segi , sudut ? Ya Allah Kuatkan semangat ku,kuatkan imanku, kuatkan hatiku, kuatkan lah aku dari segalanya. Kerana apa ? manusia memang dilahirkan dengan pelbagai ujian. Tak kesah lah besar atau kecil . Nak atau tidak mesti kita laluinya. betoi dak ?
Kuatkah kita ?
Bergantung pada diri sendiri. Ada orang menangis dalam diam untuk mencari kekuatan diri. Ada orang memerlukan seseorang untuk memberi kata kata semangat. Yang penting bersujudlah pada Allah. <3
Percayalah bahawa sebaik mana perancangan kita. Allah sudah merancang apa yang terbaik untuk kita terlebih dahulu. Mungkin kita tidak pernah nampak kelebihan nya pada hari ini, tapi kita tidak pernah sedar sebenarnya ada kebaikannya di kemudian hari.
Kenapa Allah buat syurga dan neraka ? Kenapa tidak wujudnya syurga sahaja ? Pernah terfikir tak?
Kalau di katakan wujudnya syurga sahaja.Tapi di dunia ada manusia yang taat perintah Allah dan ada yang tidak taat ? Rasanya lah kan adil atau tidak kalau manusia yang berbuat jahat di dunia . At the last,meninggal dan masuk ke dalam syurga ? kerana tiadanya neraka ?
Jadi kenapa Allah tak buat ja makhluk semuanya patuh pada perintah Allah ?
Eh ada je lah. siapa ? Malaikat. Tapi bukan kah malaikat jauh lebih hebat daripada manusia ? Ya kerana malaikat tidak mampu untuk memilih. Sedangkan manusia diberi kehendak untuk taat pada Allah atau tidak.
Percaya tak weyh ? Sebenarnya manusia lebih tinggi kedudukan daripada malaikat.Jikalau kita patuh pada perintah Allah ? Jadi, bagaimana yang tidak patuh tu pulak ?
Maka kedudukan manusia lebih rendah daripada malaikat.Bahkan lebih teruk daripada haiwan ternakan.Contoh eh, robot dan seorang budak datang memberi air minuman pada kita ? Agak agak mana ciptaan yang baik ?
Mestilah seorang budak tu tadi .Sebab robot memang diprogramkan untuk memberi minuman kerana ia tidak ada pilihan. Sedangkan budak tadi diberi pilihan untuk memberi atau tidak air minuman tadi.Jadi dia memilih untuk memberi.So, sama macam kita . kita sendiri yang menuntukan untuk memilih berbuat baik atau tidak.
Jadi buat jahat macam mana sekalipun Allah itu Maha Pemaaf.Time kita exam, jika kita berbuat kesilapan, kita boleh padam dan tukar ke jawapan yang lebih baik.Tapi dah habis waktu exam kita tidak boleh tukar ke jawapan yang lain dah.Bezanya di dunia ni kita tidak tahu tempoh hidup kita sampai bila ?
So kesimpulannya, Allah tidak akan buat ujian saja saja. Semuanya bersebab okay. Apa yang buruk berlaku pada kita jadikan ia pengajaran, ambil dari sudut positif, jangan dok pandang negatif ja. haha In shaa Allah akan ada hikmahnya nanti.
Please be strong okay, jangan asyik dok pikiaq kita nie teruk sangat. Manusia takkan lari dari buat silap itu sebab perlunya bertaubat. Jom, fikir sejenak apa yang kita pernah lakukan sepanjang hidup kita ? adakah banyak kebaikan atau banyak keburukan ?.Moga Allah menerima taubat taubat kita dan moga kita sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan di akhirat. Aminn #noteformyself#
17/11/2017, 9.45pm

Comments

Popular posts from this blog

Interview SPA Latihan Separa Perubatan

INTERVIEW CIAST (VTO)

DAY TRIP PULAU PANGKOR

INTERVIEW SPA (PTPO)