BELAJAR DARI KEGAGALAN !

SALAM JUMAAT , SALAM PENGHULU SEGALA HARI .
Hari ni ira tersedar dari suatu perkara. kita hidup sentiasa lah beringat sebab apa ? Ketika Allah sedang menguji kita , mungkin ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan.Kenapa kau gagal hari ini ? Sebab Allah dah tak sayang kita ke ? Atau kita yang sering lupakan Allah.
Kenapa kita dah berusaha , tapi hasil nya tidak seperti yang kita usahakan.Sebenarnya mungkin ada kesilapan kita dengan Allah.Solat kita cukup tak ? adakah kusyuk ? pernah melawan cakap mak ayah tak ? guru-guru ? aniaya haiwan , kucing datang minta makanan kau pijak dia ? benda sebesar kuman pun bagi kita, tapi sebaliknya ia adalah berdosa. Aku selalu ingat pesan mak, tiap hari baca alfatihah utk makayah, untuk guru2. Contoh, kau dah gagal dalam sesuatu perkara , seperti exam. Allah nak uji kita, yang kita ni cepat alpa dengan hal dunia. Mungkin kau gagal sekarang ? dan selepas tu kau sedar dan insaf. atau mungkin kau berjaya sekarang dan mungkin kau berlagak kerana kau pernah berjaya.
Bagi aku kalau aku gagal sekarang sekurang kurang nya aku boleh belajar dari kesilapan itu kenapa aku boleh gagal ? mungkin betul apa mak aku kata, kalau aku berjaya sekarang . Akan datang mana tahu aku akan bermegah megah dengan kejayaan aku yang lalu .Aku pernah tengok budak tu tiap kali exam fail,tiap kali guys sampai suatu hari tu takthu kenapa ? setiap kali exam markah dia makin menaik. dan seterusnya menjadi pelajar cemerlang. sumpah aku tak tipu kes nie. dia tak pergi tuisyen pun. Rupanya dia perbaiki diri dengan Allah. selepas solat subuh dia study .MashaaAllah
ada pula cerita lain, orang ni selalunya setiap tahun,akan berada di kelas belakang, belajar takda lah pandai sangat.tapi kelebihan dia hormat orang tua dan guru2. Alhamdulillah lepas SPM dia dapat masuk universiti dan menjadi ketua mpp . itulah dulu kita pandang orang sebelah mata . Sedangkan kita ? duduk kelas depan ? tapi ada perubahan tak ? Rezeki dan usaha kita. jangan sentiasa berada di zon selesa. Pandai tak selamanya pandai , kalau pandai tapi berlagak. takdak guna weyh.Jadi sebenarnya perjalanan kita masih panjang. Gagal dan bangun kembali. ayat yang selalu kita dengar . Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. ikut atas tindakan kita, nak teruskan untuk bangun kembali atau biarkan gagal tu selamanya dalam hidup kita ?
Percaya pada diri ubah untuk mengubah masa hadapan kita sendiri bukan untuk orang lain.Jangan putus asa kerana man jada wajada. Cuba tanya orang yang berjaya kebanyakkan nya pernah gagal. tanpa gagal kita tak sedar kita di tahap maNa. in shaa Allah ada masa lagi kita untuk berubah , rapatkan kembali diri dengan Allah. Kerana Allah menunggu makhluknya meminta kepada-Nya.
SUPAYA KITA SENTIASA BERINGAT ! BANGUN DARI KEGAGALAN , TERUS MENGEJAR KEJAYAAN. MASA LALU JADIKAN PENGAJARAN, PANDANG KE DEPAN. UNTUK MENCAPAI IMPIAN.
24/11/2017, 9.32PM

Comments

Popular posts from this blog

Interview SPA Latihan Separa Perubatan

INTERVIEW CIAST (VTO)

DAY TRIP PULAU PANGKOR

INTERVIEW SPA (PTPO)