Interview SPA Latihan Separa Perubatan

Assalamualaikum, hampir genap setahun interview SPA, last year iv jawatan PTPO.tapi takde rezeki.
for this year. Alhamdulillah dapat rezeki lagi interview kali pertama untuk latihan separa perubatan pulak pada 4/11/2019.
25/11/2019 ira dapat surat temuduga dari email ,tempat iv dekat UTC Ipoh perak.
Dalam masa seminggu jugak lah ade masa untuk prepare fail,salinan2, kefahaman yang nak hafal tu, pilihan jawatan nak pilih apa. Cakap pasal jawatan ape ? sebab ira dapat 7 jawatan .
1) LATIHAN JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
2) LATIHAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
3) LATIHAN JURURAWAT
4) LATIHAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
5) LATIHAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI
6) LATIHAN JURUPULIH PERUBATAN FISIOTERAPI
7) LATIHAN JURU X-RAY
7 jawatan tu jenuh jugak lah pikir minat yang mana. dalam masa seminggu tu buat survey dengan senior2 kat tempat bekerja nie.tanya2 pendapat orang lain yang berpengalaman dan bekerja dalam sektor kerajaan ni. baca2 dalam google,youtube dan facebook.FB banyak membantu sebab dorang banyak share macam2 pengalaman dorang iv . Almaklum lah kene berusaha sendiri takde kabel usb bagai.hahah
Print surat dah.salinan jangan lupa cop tau .cara susun sijil dalam fail dah buat, pilihan nak pilih jawatan ape pun dah.last prepare cara komunikasi dan kena tahu isu semasa dan hal kerajaan/kkm.
Pagi2 sebelum pukul 8 aku dah sampai UTC tengok orang dah ramai dah.pegi tempat pejabat SPA , tengok ramai orang keluar rupanya alamat ada iv di tingkat 2 dan di jobmalaysia di tingkat 3. daftar semua rupanya resume tak perlu pun. salinan ic ibu bapa pun tak perlu ira orang yang ke 12 bilik c .dari pukul 8 ira datang register semua tu iv masuk ke bilik tu dalam kol 10.20 am taksilap .ok nak cita nie situasi masing2 tengah berdebo .time tu tengok kiri kanan masing2 pegang banyak kertas tengah menghafal.dengar yang tengah hafal nama menteri , jururawat ade ape jenislah. nama pengarah kkm . aku tengah2 tu tahap redha je .hahah istigfar je harap dah ready dan tak gagap time iv tu.
sampai je turn ira turn 12 . istigfar ,selawat semua dh .baru bangun
jangan lupa ketuk pintu 3 kali , sampai dengar tuan/puan tu cakap masuk.Bagi salam atau salam sejahtera
dah masuk senyum jangan masuk tu masam je macam nak makan penemuduga tu hahahah first impression tu penting eh
Penemuduga tu 2 orang time ira tu sorang perempuan sorang lelaki , datang kt dorang bagi fail sijil dan salinan tu.kalau dia dah sebut duduk baru undur ke belakang baru duduk, jangan membontot kan dorang.kalau tak sebut duduk jangan duduk lagi. attitude diambil nilai ye.
ok bismillahirahamanirahim. start dengan dia tanya perkenalkan diri dan latar belakang. ira mulakan dengan salam dan ucap terima kasih sebab bagi peluang. dan mula lah ira bebel panjang. time tengah bercakap tu mata penemuduga tu tepat dari mata ke mata.fokus betul. hahaha aku pun macam haa heart to heart nie cakap dalam hati. hilang jugak lah nebes time tu.
next soalan ?
kenapa pilih latihan separa perubatan ?
ape pilihan pertama awak ?
awak pilih fisio ? kenapa ?
ape skop kerja fisio ?
jadi fisio nie berada ni di mana ?
last but not least dia tanya ada ape2 nak tanya tak ? so korang tanya je ape2 nampak mcm berminat. jgn dok tnya gaji pulak.then selesai lega jugak lah dapat jawab semua soalan. tak gagap sangat. belajar dari kesilapan last year iv kene psyco kuat kahkah dalam 15-20 minit jugak lah so good luck untuk korang dan doakan ira lulus iv nie.aminnn
TIPS :Prepare well . pastikan dah ready, duduk tu tegak ,pakaian kemas bukan macam nak pegi kenduri.cakap dengan jelas . dia nak tengok cara kita komunikasi dan cara jawab tu macam maana .

Comments

  1. Asalamualaikum kak, nak tanya....sbb nanti saya pun ada iv spa separa perubatan....ermmmm yg ayat kak "fisio berada di mana" apa maksudnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya tempat latihan(kolej) fisio tu ada kat manaa. hehhe sorry saya tolong jawab

      Delete
    2. Ohhh thanks

      Delete
    3. waalaikumusalam .goodluck iv :) berada tu taksilap hospital jeke atau tmpt bekrja fisio di mana . kalau tak faham boleh je tanya tuan/puan tu balik.

      Delete
  2. Kak, kalau berstatus berkahwin boleh ke isi latihan perubatan tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

INTERVIEW CIAST (VTO)

DAY TRIP PULAU PANGKOR

INTERVIEW SPA (PTPO)